Akaun prihatinkucing.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

"ALHAMDULILLAH..HASIL SUMBANGAN ANDA SINAR BUAT SI OYEN JALANAN?"





MEMERLUKAN DANA UNTUK MEMBIAYAI MAKANAN, UBAT-UBATAN DAN KOS RAWATAN SECARA BERTERUSAN KEPADA KUCING/ANJING TERBIAR



Saudara dan saudari semua,

Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

‏ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu.

Riwayat Muslim (1955)



                                   PERNAHKAH KITA TERFIKIR?...

Bagaimana anak kucing yang tinggal keseorangan ditempat yang tidak dikenali tanpa ibu bapa?
Bagaimana Si Kecil ini makan dan minum (susu) untuk teruskan hidup?
Bagaimana Si Kecil ini tidur di waktu malam yang hujan dan kesejukan tanpa dinding ?




Moga asbab bantuan anda dapat menyelamatkan kucing-kucing dan anjing yang bernasib malang dan dapat meneruskan sisa hidup.





Demikian juga menzalimi kucing boleh membawa seseorang itu ke dalam neraka. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا، حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ

Maksudnya: Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya.


Beberapa perbuatan zalim yang dilakukan oleh perempuan ini kepada kucing tersebut disebutkan di dalam sambungan hadis di atas iaitu dikatakan kepadanya :

 لاَ أَنْتِ أَطْعَمْتِهَا وَلاَ سَقَيْتِهَا حِينَ حَبَسْتِيهَا، وَلاَ أَنْتِ أَرْسَلْتِيهَا فَأَكَلَتْ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ

Maksudnya : Kamu tidak memberi makan dan minum kepadanya ketika kamu mengurungnya. Begitu juga kamu tidak melepaskannya sehingga ia boleh makan serangga yang berada di tanah.

Riwayat Al-Bukhari (2365)




Marilah kita merancang bagaimana ingin mendapatkan saham pahala berterusan walaupun kita telah tiada di dunia ini.
































SIAPA KAMI ? 

Kami,PERTUBUHAN BANTUAN HAIWAN PRIHATIN MALAYSIA (PBHPM) ditubuhkan untuk membela nasib haiwan - haiwan yang kurang bernasib baik seperti kucing terbiar dan anjing jalanan. 

Kebiasaanya, haiwan – haiwan ini hanya dipandang sebelah mata sahaja. Namun, pada hakikatnya ada diantara haiwan ini telah diseksa dengan teruk seperti dijirus air panas, dipotong kaki dan sebagainya. Ada diantara mereka memberi alasan seperti , haiwan ini menganggu ketenteraman awam , merosakkan perniagaan dan sebagainya.

Persoalannya, di manakah nilai kemanusiaan yang telah dianugerahkan Allah kepada kita ? Sanggupkah kita membiarkan perkara seperti ini berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan ?

INFO SEMASA AKTIVITI BANTUAN HAIWAN PRIHATIN 

Alhamdulillah, aktiviti ini telah berjaya dijalankan semenjak bulan April yang lalu sehingga kini, namun oleh kerana kekurangan dana aktiviti ini terpaksa dihentikan. Ekoran masalah ekonomi Negara rentetan virus COVID-19, ia bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malahan haiwan terbiar/ jalanan seperti anjing dan kucing turut terkesan. 

Perkara ini dapat dilihat apabila terdapat banyak kucing dan anjing jalanan mati kelaparan. Haiwan ini bergantung 90% makanan daripada manusia selain memburu makanan sendiri. Apabila PKPP dijalankan, haiwan ini kehilangan punca makanan dan seterusnya mati kelaparan. 

Kami mengambil inisiatif ini untuk turun ke padang dan membantu memberi bantuan makanan, ubat-ubatan dan kos rawatan bagi yang memerlukan. Selain membantu anda mengumpul saham akhirat yang berpanjangan.

Sesungguhnya seekor kucing itu datang dengan Malaikat yang membawa rezeki. 

Kami mengucapkan terima kasih dan mendoakan agar kehidupan tuan puan dilimpahkan dengan rezeki yang berkat dan sentiasa berada dalam kesihatan yang baik. Amin.

PEMBIAYAAN MAKANAN,UBAT-UBATAN & KOS RAWATAN

Pihak kami sedang mengumpul dana bagi pembiayaan makanan, ubat-ubatan dan kos rawatan yang bakal digunakan oleh sukarelawan untuk disalurkan kepada haiwan terbiar seperti anjing dan kucing jalanan.

Pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan berbentuk makanan kucing/kibbles atau ubat-ubatan untuk digunakan. Pihak tuan/puan boleh berhubung dengan pihak kami untuk mengetahui keperluan semasa untuk meneruskan aktiviti ini. 

Oleh itu, pihak kami membuka peluang pahala amal jariah buat saudara saudari semua untuk sama-sama mengumpul saham akhirat bersama-sama.


JUMLAH SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN ?

Anggaran keseluruhan perbelanjaan adalah sebanyak RM100,000.00 yang meliputi makanan, kos ubat-ubatan dan kos rawatan kucing/anjing terbiar dan termasuk pembinaan Pusat Perlindungan Kucing Terbiar di atas tanah seluas 2 Ekar.

Jika berkesempatan, kami, Pertubuhan Bantuan Haiwan Prihatin juga ingin membuka peluang untuk menjadi sukarelawan dari pelbagai negeri. Namun kerana kekurangan dana, misi ini hanya dapat dijalankan di beberapa kawasan sahaja..

Terdapat 6 orang sukarelawan sedia ada di kawasan Kelantan dan Terengganu. 

*Kami juga memerlukan 20 orang sukarelawan di sekitar Besut & Jerteh Terengganu untuk memberi makanan kepada kucing/anjing jalanan dan memberi rawatan kepada mereka menggunakan dana yang diperoleh.

*Selebihnya akan digunakan bagi membiayai kos pembinaan Pusat Perlindungan Kucing Terbiar di Kampung Raja, Besut, Terengganu.


ANTARA GAMBAR SEMASA AKTIVITI DIJALANKAN



Aktiviti ini telah dijalankan oleh sukarelawan di sekitar negeri Terengganu











Bagaimana anda boleh membantu?

Untuk memudahkan saudara/saudari menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah:

+ PAKEJ TAJAAN PEMBINAAN PUSAT PERLINDUNGAN KUCING TERBIAR - RM50
+ PAKEJ TAJAAN MAKANAN HAIWAN TERBIAR -  RM 50
+ PAKEJ TAJAAN UBAT-UBATAN & RAWATAN HAIWAN TERBIAR -  RM 50




 Firman Allah SWT maksudnya : "Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan  tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas  (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui" - Surah Al Baqarah : 261 

Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini.





Penafian: 

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada BANTUAN HAIWAN PRIHATIN. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  : 01123200374 (Bantuan Haiwan Prihatin)


Sekiranya cik berminat nak tau update aktiviti, cik bleh join channel tele dgn fb ni . Aktiviti ni dijalankan setiap hari oleh sukarelawan kami. 
Dan update aktiviti akan dimuat naik di page fb kami dan di channel telegram setiap hari InshaAllah. 
.